Info Terkini

[TERKEJUT!!!] POKOK DISUMPAH JADI MANUSIA

Tahukah anda satu kejadian yang telah mengejutkan di kawasan pembinaan apabila pekerja binaan di China menemui pokok herba berbentuk manusia sewaktu membersihkan kawasan tersebut.


Pekerja binaan di China ini terkejut kerana apabila diamatinya akar pokok itu jelas menampakkan lembaga mirip seperti manusia. Akar pokok ini mempunyai cukup sifat seperti seorang manusia seperti kaki,tangan,mata,mulut dan kemaluan seperti manusia. Akar yang seakan-akan lembaga manusia ini ditemui semasa pekerja binaan tersebut mencabut pokok-pokok yang tumbuh meliar di kawasan yang ingin dibuat bangunan di Danyang, Wilayah timur China.




Sebelum ini ada satu kejadian yang sama direkodkan sebelum ini pada Mei yang lepas di mana pekerja binaan ini terkejut tahap "Gaban" setelah menarik keluar akar yang menyerupai seorang lelaki yang sedang berbogel. Akar pelik mirip manusia ini seberat 3.5kg, tumbuhan jenis ini banyak ditemui di kawasan pergunungan tengah dan selatan China.
Pelik dan unik tumbuhan ini yang dikenali dari jenis "Chinese Knotweed". Tumbuhan ini banyak digunakan oleh orang-orang China dalam proses perubatan tradisional dengan tujuan untuk meningkatkan tenaga seksual lelaki, meningkatkan fungsi hati dan buah pinggang serta mampu membersihkan darah jika jika air rebusannya diminum dan dijadikan amalan.




Selain itu, ia juga digunakan untuk merawat insomnia, tulang yang lemah, sembelit dan aterosklerosis dan boleh meningkatkan tahap gula dalam darah dan melegakan sakit otot.

Sebelum ini telah banyak penemuan akar pokok herba ini mirip seperti manusia. Namum begitu sehingga kini masih tidak di ketahui punca akar pokok herba ini sering membentuk seperti manusia.

Sumber : taotauajer.blogspot.my


No comments