Info Terkini

[SILA SEMAK!!] BUKAN AYAM TUA SAHAJA "EXPIRED" BAHKAN BARANGAN RUMAH ANDA JUGA TIDAK TERKECUALI

Semasa anda membeli susu cap gantung...uppp...cap junjung, seringkali anda tidak lupa untuk menyemak "expired" barangan tersebut. Tidak kiralah barangan apa yang anda beli. tarikh luput, tarikh waranti, tarikh jaminan semuanya mempunyai makna yang sama. Tetapi yang menjadi masalahnya di sini adalah seringkali kita menyemak tarikh luput barangan dapur tetapi kita tidak pula memberi perhatian pun kepada barangan di dalam rumah.


Sebagai perhatian dan untuk kebaikan bersama apa kata sama-samalah kita balik ke rumah dan menyemak kembali bilakah tarikh luput setiap barangan yang anda beli selama ini. Kadang-kadang ia penting untuk menjamin keselamatan diri dan famili anda dari sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku. Sila semak tarikh luput setiap barangan mengikut lokasi seperti berikut :

BILIK AIR


Berus gigi (3 bulan)


Alamak, berus gigi anda dah terkangkang...hahaha..ini menanda berus gigi perlu ditukar. Penukaran berus gigi lama kepada baru adalah sebaik-baiknya dalam masa 3 bulan

Hidrogen peroksida atau "Ubat kumur"  (2 bulan)

 Setelah botol ubat kumur dibuka, ia akan mengambil masa selama 2 bulan untuk bertukar menjadi air biasa. Sebotol Hidrogen peroksida yang bertutup sepatutnya tidak boleh disimpan sehingga bertahun lamanya.

Span (2 minggu) dan Shower pouf (6 bulan)


Span dan shower pouf akan mula "menternak" fungus atau kulat. Oleh itu, shower pouf sintetik atau yang semulajadi boleh direndam ke dalam air panas untuk membunuh sebarang bentuk kuman, fungus atgau bakteria yang mungkin sedang membesar.

Tuala (1-3 tahun)


Tuala yang bersih memberikan impak kepada tubuh badan. Manakala tuala yang telah lusuh apatah lagi di dalam keadaan basah akan menjadi pusat pembiakan kuman mahupun kulat. Oleh itu, selalulah kerap membasuh sambil merendamkannya ke dalam air panas atau pun menggunakan anti pembunuh kuman.

 BILIK TIDUR
 

Selipar (6 bulan)


Ya, selipar adalah satu medium yang baik untuk menyebarkan jangkitan kuman. Oleh itu, ia hendaklah dicuci sekerap mungkin dengan baik.

Bantal tidur (2-3 tahun)


Bantal merupakan medium untuk memudahkan anda tidur. Tidak hairanlah begitu ramai yang menggunakan sehingga timbul bauan yang kurang senang buat isteri atau rakan-rakan anda. Istilah bantal busuk juga begitu sinonim dengan dengan kanak-kanak kecil malah orang dewasa juga tidak terkecuali. Busuk itu terjadi apabila peluh dan debu melekat di bantal dan ini menjadikan tempat yang disukai oleh hama. Bantal yang lama juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian tengkuk dan belakang anda. Jadi, bertukarlah bantal yang baru jika ia telah sampai umur 2 tahun.

ALMARI

Kasut sukan (1 tahun)


Setelah anda melakukan perjalanan sebanyak 400km dan ke atas menggunakan kasut tersebut, maka secara tidak langsung kaki anda akan mula hilang rasa selesa kerana kusyen atau alas kaki telah hilang kekenyalan. Jika tidak ditukar, dibimbangi ia akan mula memberikan tekanan kepada sendi-sendi kaki anda.

Bra (1-2 tahun)


Wow..."spek mata" atau pakaian dalaman wanita ini hendaklah perlu diberikan perhatian. Jika ia hilang bentuk, kurang elastik, menjadi terlalu besar atau kecil atau dengan kata lain tidak merasai keselesaan semasa memakainya hendaklah bertukar kepada yang baru.

NURSERI
 

Puting susu getah (2-5 minggu)


Puting susu getah atau lateks hendaklah ditukarkan setelah cukup masa luputnya. Jika tidak puting susu getah adalah mudah rosak dan merekah dan ini membuatkan kuman mula membiak.

Tempat duduk kanak-kanak (6-10 tahun)

  
Dari masa ke masa, plastik dan span akan mulai merosot dan dengan itu, tempat duduk kereta kehilangan bentuknya dan tidak lagi melindungi kanak-kanak. Ia adalah lebih baik untuk membeli tempat duduk kereta baru untuk anak anda dan bukannya yang terpakai.

DAPUR

Tepung gandum (6-12 bulan)


Tepung gandum gred pertama sebenarnya boleh disimpan selama 6 bulan atau gred yang tinggi boleh disimpan sehingga 1 tahun.

Rempah ratus (1-3 tahun)


Rempah ratus akan kehilangan rasa "kick"-nya dan tidak ketinggalan baunya juga mengikut perubahan masa. Manakala rempah ratus dari tanah bolehlah disimpan sehingga 6 bulan.

PANTRI

Penghalau nyamuk (2 tahun)

Jangan menyimpan penghalau nyamuk setelah 2 tahun kerana ia tidak boleh berguna dan berfungsi lagi.

Power Extension (1-2 tahun)


Mana-mana wayar sambungan kuasa mempunyai kapasiti tertentu. Jika anda melebihinya, maka kabel sambungan kuasa anda rosak dan boleh menyebabkan masalah yang serius berlaku.

Pemadam kebakaran (15 tahun)

Jika terdapat apa-apa kerosakan kepada alat pemadam api anda sebagai contoh, retak di dalam hose, ia adalah lebih baik untuk diservis secepat mungkin.

Disinfektan (3 bulan)

Setelah tarikh luput ini, disinfektant mula akan hilang keberkesanannya

Sumber : brightside.me





No comments