MANA YANG LEBIH BERBAHAYA, PEREMPUAN, ARAK ATAU ROKOK?
Ramai orang berfikiran bahawa rokok merbahaya, tapi setelah dikaji diselidiki oleh beberapa pakar dan bijak pandai dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak mendatangkan kemudaratan.
Ada sebuah cerita yang tidak didendangkan telah membuka mata dunia bahawa rokok itu sebenarnya tidak berbahaya sama sekali.
Ceritanya begini. Ada tiga orang pakar dan mereka selalu bersama ke mana saja. Tetapi ketiga-tiganya memiliki kesukaan dan citarasa berbeza hatta pendapat masing-masing.
Si A, berkata bahawa perempuan tidak mendatangkan bahaya jika bersama setiap hari selama 10 tahun. Si B pula tetap dengan pendiriannya bahawa arak bukanlah mendatangkan kesan jika diambil setiap hari selama 10 tahun juga. Manakala si C pula menjelaskan bahawa rokok yang dihisap setiap hari selama 10 tahun juga tidaklah mematikannya. Oleh kerana masing-masing mempunyai keegooan tersendiri, maka mereka berpakat untuk menemui seorang dukun sakti bagi memenuhi dan membuktikan teori manakah betul.
Suatu hari mereka pergi menemui dukun sakti di hujung belantara. Lalu mereka memilih sesuai dengan hajat dan teori masing-masing.
Si A : ”Aku mahu perempuan-perempuan muda dari pelbagai bangsa yang cantik dan makanan minuman yang cukup. Letakkan saja semuanya itu dalam gua tertutup dan jangan diganggu aku selama 10 tahun"
Si B : “Aku inginkan semua jenis arak dari seluruh dunia dan bekalan makanan yang mencukupi dan letakkan ia dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun juga"
Si C : ”Apa yang aku mahu tidaklah seberat mana seperti sahabat-sahabatku tadi, penuhi hajatku dengan menyediakan semua jenis rokok dari seluruh dunia tidak kira apa sekalipun keluarannya serta makanan yang cukup untuk 10 tahun. Letakkan saja dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku”
Hari berganti bulan, bulan berganti tahun dan selepas 10 tahun kemudian, dukun sakti membuka pintu gua masing² sesuai dgn perjanjian mereka.
Ketika pintu Gua pertama dibuka, keluarlah si A, kurus kering, berdiri pun tidak mampu dek lututnya yang sudah goyang hampir kebas, sebab hari-harinya dihabiskan dengan perempuan. Namun setelah beberapa saat menghirup udara segar kemudian si A pun jatuh ke tanah lalu mati.
Pintu Gua kedua dibuka, maka keluarlah si B, dulu kurus tetapi perubahan berlaku pada perutnya...buncit dan bermata merah kerana hari-harinya dihabiskan dengan minuman keras. Kesan dari itu, dia berjalan terhuyung-hayang dan jatuh ke tanah lalu mati.
Akhir sekali pintu gua yang ketiga pun dibuka, keluarlah si C, apa yang menjadi tanda-tanya dukun tersebut adalah melihatkan si C tadi sihat walafiat bahkan lebih sihat dari 10 tahun lalu. Dia berlari tangkas menuju dukun itu dan serta-merta melepaskan tumbukan padu dan sepak terajang kepada sang dukun. Marahnya bukan kepalang serta berkata: “ Dasar DUKUN BENGONG!!! LIGHTERNYA DI MANA???! Kempunan aku 10 tahun kat dalam tu!”
Moral cerita di atas adalah "ROKOK TIDAK BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN SELAGI MANA TIDAK ADA APINYA".
Sumber : etno06.wordpress.com

No comments