Ini Pi Tengok Wayang Atau Tengok Drama ZINA!! Akhirnya Pawagam Ditutup Gara-Gara Sediakan Katil Untuk Para Pelanggannya
Pihak berkuasa di Palembang, Indonesia mengarahkan sebuah panggung wayang di bandar itu ditutup selepas didapati menggalakkan perbuatan tidak senonoh dalam kalangan penonton.
Rangkaian panggung wayang CGV Velvet Classic menyediakan katil yang dilengkapi bantal dan selimut sebagai tempat duduk kepada penonton. Panggung wayang tersebut beroperasi sejak bertahun-tahun lalu tanpa sebarang masalah tetapi baru-baru ini, Timbalan Datuk Bandar Palembang, Fitrianti Agustinda menyifatkan penyediaan katil itu merupakan idea buruk.
Beliau mengunjungi panggung CGV Velvet Classic di Palembang pada minggu lalu selepas menerima aduan daripada orang awam tentang masalah yang tercetus. Menurut beliau, penyediaan kerusi itu akan menggalakkan perbuatan khalwat dan gangguan seksual dalam kalangan penonton.
"Saya mahukan penjelasan.
"Jika diteruskan, penonton yang tidak datang untuk menonton filem akan melakukan perkara lain," katanya.
Pengurus CGV cuba meyakinkan Fitrianti bahawa beliau tidak perlu bimbang dengan penyediaan katil itu kerana CGV bukan hanya dibuka untuk pasangan bercinta tetapi kepada keluarga yang mahu menonton filem dengan selesa.
Malah katanya, setiap panggung dilengkapi kamera pemantauan bagi memastikan penonton menjaga tingkah laku ketika berada di dalam panggung. Bagaimanapun Fitrianti bertegas dengan keputusannya dan mengarahkan panggung wayang yang dilengkapi katil ditutup sehingga kemudahan itu ditukar kepada kerusi biasa.
Malah beliau memberi amaran bahawa lesen perniagaan akan dibatalkan jika syarikat itu gagal mematuhi arahan yang diberikan.
Sumber : mstar.com.my
Foto dari trover.com

Foto dari mstar.com.my

Foto dari Jakarta100bars.com
Sumber : mstar.com.my
No comments