Info Terkini

[Adegan Yang Tiada Dalam Filem Star Wars] Sebenarnya Chewbacca Adalah Seorang Perempuan, Lihat Ia Melahirkan Seorang Bayi.

Menunggu untuk melahirkan seorang cahaya mata adalah menjadi kenangan manis buat si isteri yang akan bergelar ibu. Bermacam-macam perasaan yang dirasakan ketika berada di bilik bersalin.

Gambar dari facebook Katie Stricker Curtis

Itulah saat yang paling mengetarkan jiwa kerana bukan hanya nyawa yang dipertaruhkan tetapi ia juga akan mendatangkan satu perubahan status menjadi seorang ibu.

Dalam menanggani permasalahan ini dan tekanan ini, seorang wanita akan melakukan apa saja yang dia mahu. Ada yang makan coklat, ada yang makan makanan yang masam-masam, ada yang jenis suka swafoto (selfie) sebelum troli di tolak ke bilik bersalin.

Gambar dari facebook Katie Stricker Curtis

Apa yang menarik di sini adalah seorang wanita yang bernama Katie Stricker Curtis telah mengenakan topeng Chewbacca, iaitu satu watak dalam filem kegilaan ramai abad ini iaitu Start Wars bagi menantikan saat hendak bersalin.

Gambar dari facebook Katie Stricker Curtis

Katie kelihatan terbaring lemah di katil hospital. Beliau yang berasal dari Detroit, Michigan, Amerika Syarikat itu pun nampak kesakitan sambil memegang perutnya. Itulah yang anda akan lihat berdasarkan klip video pendek yang dimuat-naik oleh Katie sendiri.

Ia menjadi sesuatu yang lucu kerana kelihatan seolah-olah Chewbacca mengerang kesakitan kerana sakit perut. Hasilnya suara yang keluar bukanlah suara aslinya, melainkan dalam bahasa Wookie, bahasa yang ada di filem Starwars.

Video dari Seven Ocean

Ramai netizen memberi koemn yang bagus dan membuatkan mereka terhidur dengan aksi yang lucu itu. Akhirnya Katie berjaya melahirkan seorang bayi laki-laki yang diberi nama Jayden.

Sumber : facebook Katie Stricker Curtis


No comments