Info Terkini

Masha Allah!! Ikan Lutsinar Ditemui Oleh Pemancing. Tiada Apa-Apa Yang Mustahil Bagi Allah Menciptakan Sesuatu.

Selandia biru, suatu tempat yang memang menawan kalbu dan menjadi kegemaran bagi kaki pancing. Tetapi di sebaliknya ada beberapa hidupan air yang sungguh unik dan pelik. Hidupan air yang unik telah dijumpai oleh seorang lelaki, Steward Fraser dan anak-anaknya semasa memancing di situ.

Gambar dari redd.it

Menurut Stewart, sedang asyik dalam menantikan ikan menyambar umpan pada mata kailnya, dengan tidak sengaja telah melihat sesuatu yang aneh berenang-renang dipermukaan air. Sepantas kilat beliau dapat menangkap haiwan akuatik itu. Ditelitinya sama ada haiwan itu seakan-akan udang namun mempunyai badan yang lutsinar atau transparen.

Gambar dari versesofuniverse.blogspot.my

Stewart akhirnya menjelaskan bahawa haiwan itu adalah seekor ikan yang mempunyai sisik dan cukup kuat tenaganya mengelupur ketika mana beliau memegang ikan itu. Apa lagi, mereka sekeluarga mengabadikan kenangan penemuan tersebut dengan mengambil beberapa gambar. Setelah itu, ikan tersebut dilepaskan kembali ke dalam air.

Gambar dari Edoardo Dalla Torre

Melalui gambar tersebut yang telah dilihat oleh seorang pengarah di National Marine Aquarium, Paul Cox, beliau telah memaklumkan bahawa ikan yang pelik itu adalah dikenali sebagai Salpa Maggiore.

Salpa Maggiore ini sememangnya seakan-akan seperti ubur-ubur namun ianya berjenis lebih kepada ikan laut vertebrata. Walaupun mempunyai tubuh yang lutsinar, ikan ini tetap memiliki insang dan hati.

Tahukah anda ikan dengan nama Salpa Maggiore ini juga mampu menghasilkan keturunan mereka sendir untuk membentuk komuniti yang besar.

Gambar dari inquisitr.com

Ia juga sering dilihat mengapung atau berenang dipermukaan air dalam mencari rantaian makanan dan paling banyak ditemui di sekitar perairan yang dingin.

Sumber : kabarislam24jam.blogspot.my



No comments