Menakutkan!!! Sila Tukarkan Kain Cadar Merah Atau Hitam Anda Dengan Segera.
Beberapa orang pakar dari Universiti Florida telah melaksanakan satu eksperimen yang menarik ke atas pepijat di katil. Secara dasarnya para pakar ini telah meletakkan beberapa pepijat di dalam piring dan kemudiannya diletakkan di atas katil bagi mengetahui kaitan warna yang mereka lebih gemari.
Untuk ini, anda boleh melihat dengan sendiri bahawa keputusannya adalah agak ketara di mana pepijat katil dilihat paling bertindak-balas ke atas warna hitam dan merah. Sebaliknya pepijat katil yang kecil itu tidak suka akan warna kuning dan hijau.
Cuba anda tanya pada diri sendiri, mengapa pepijat katil ini lebih suka atau cenderung akan warna-warna tersebut?
Menurut saintis, pepijat katil itu akan bergerak ke arah warna merah, terutamanya kerana merah adalah warna yang sama dengan kulit (shell) luaran mereka, dengan itu mereka menganggap bahawa warna merah adalah sekumpulan besar pepijat katil lain.
Isu yang utama di sini sekarang adalah adakah anda akan menukarkan cadar katil selain warna yang disebutkan di atas? Tepuk dada...tanyalah selera. Tetapi mungkin hanya segelintir dari kalangan anda yang benar-benar percaya dan terus menukarkan cadar dengan kadar segera.
Walaubagaimanapun anda perlu mengambil perhatian bahawa terdapat beberapa ujian yang perlu dilakukan. Oleh itu terpulanglah kepada keputusan anda untuk penggantian cadar katil.
Sumber: healthyfoodplans.net
Untuk ini, anda boleh melihat dengan sendiri bahawa keputusannya adalah agak ketara di mana pepijat katil dilihat paling bertindak-balas ke atas warna hitam dan merah. Sebaliknya pepijat katil yang kecil itu tidak suka akan warna kuning dan hijau.
Gambar dari cnn.com
Walaubagaimanapun anda perlu mengambil perhatian bahawa terdapat beberapa ujian yang perlu dilakukan. Oleh itu terpulanglah kepada keputusan anda untuk penggantian cadar katil.
Gambar dari bedbugger.com
No comments