Info Terkini

Demi Duit Yang Dikejar Manusia, Si Ayam Terus Mati Akibat Dipaksa Bertelur. Lihatlah akibatnya...

Seperti yang anda lihat sekarang, ramai juga yang membeli telur ayam di pasar-pasar mahupun kedai runcit. Kadang-kadang telur ayam juga berguna untuk dibuat lauk kerana cara memasaknya tidaklah sesukar seperti memasak ikan ataupun ayam.

Tetapi tahukah anda, bahawa ada seekor ayam betina berwarna putih yang mati kerana dipaksa bertelur telah menjadi viral di media sosial. Seperti yang lihat di dalam gambar di bawah, seekor ayam betina berbulu putih dengan mata terpejam dan di sisinya merupakan sebiji telur yang baru dikeluarkan dengan berlumuran darah.


Menurut komen dari Facebook PETA UK:

"Si ayam betina itu baru saja mati pagi ini, menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mengapa? Oleh kerana telur berdarah yang anda lihat dalam imej ini. Itulah sebabnya ia mati. Dia mengerami telur ini sehingga membunuhnya. Badannya terlalu lemah kerana ia harus mengeluarkan telurnya lebih 300 biji setahun. Seperti dalam normal, ayam hanya mengeram sebanyak 12 biji. Dan ia mati kerana ini. Si ayam itu mati dan manusia boleh mengambil telurnya dan dimakan. Ia mati kerana sifat tamak manusia. Tetapi ia hanya mahu hidup, bahagia dan bebas. Ia tidak sepantas itu. Sila jangan mendiamkan diri. diamnya anda seolah-olah  mengkhianatinya, dan setiap haiwan akan mengalaminya seperti yang kita bicarakan"

Biarlah gambar saja yang berbicara dan ini membuktikan bahawa duit atau keuntungan yang dikejar sesetengah manusia yang inginkan penghasilan dalam skala besar sehingga menggunakan segala apa cara pun untuk memaksa setiap ayam bertelur lebih banyak lagi.

Tubuh ayam terlalu lemah untuk dipaksa bertelur lebih 300 butir telur dalam setahun. Demi keuntungan yang dicari, seekor ayam betina dipaksa dengan cara apa sekalipun untuk menghasilkan telur dalam jumlah yang banyak.

Hasilnya memang fantastik, namun telur yang dihasilkan itu bukannya telur semulajadi dan baik lagi. Hingga kini, viral tersebut mendapat banyak komen dari warga facebook.

Gambar dari Facebook PETA UK

Sumber : Facebook PETA UK


1 comment :

  1. Ni bukan ayam jantan ke? Sebab kepala dia tu lebih tinggi.. ish3.. kena banyak kajian lagi ni.

    ReplyDelete