Info Terkini

SIAPA KATA PENTERNAK LEMBU TIDAK BOLEH JADI KAYA. KINI TIDAK LAGI KERANA ADA EMAS DALAM URINYA.

Suatu ketika dahulu ramai yang kata tidak akan jadi kaya untuk penternak lembu jika perusahaannya hanya kecil-kecilan sahaja dan tidak ke arah global. Penyataan tersebut adalah tidak betul sama sekali kerana yang sebenarnya penetapan rezeki kaya atau miskin semuanya datang dari Allah Ta'ala. Kita hanya berusaha sahaja dan pengharapan adalah kepadaNYA dipanjatkan doa.

Apa yang penting kita mestilah berfikiran positif sentiasa dan penyataan di atas tadi mungkin mahu menuntut usahawan supaya berdaya saing dan maju ke hadapan. Kekayaan tidak semestinya mempunyai wang di dalam bank dengan kadar yang banyak. Kekayaan boleh kita dapati dari segi kesihatan, sosial yang baik, perjalanan kerja yang lancar dan tiada masalah yang kronik timbul.


Oleh yang demikian, penternak lembu juga kini bukanlah sekadar menternak lembu bahkan secara tidak langsung mereka juga sedang menternak emas. Perkara ini telah ditemui oleh para ilmuwan India yang mendakwa bahawa telah mendapatkan emas selepas menemukannya di seluruh sampel urin bagi sekelompok lembu. Setelah penelitian yang dibuat selama tujuh tahun, kumpulan penyelidik dari Junagadh Agricultural University (JAU) India itu mengaku mereka telah berjaya membuat penemuan  yang benar-benar mengejutkan dunia.

Untuk itu, mereka telah mengambil 500 sampel urin dari lembu muda, lembu betina yang sedang hamil dan lembu jantan dan berhasil mengesan logam berharga ini di semua sampel urin lembu tersebut. Analisis dari sampel urin lembu itu dilakukan di Laboratorium Uji Makanan JAU dan menunjukkan terdapat 10 hingga 30 miligram emas dalam setiap 1 liter urin.


Dr. BA Golakia, Ketua Jurusan Bioteknologi di JAU mengatakan "Kami mengumpulkan sampel urin dari banyak lembu dan mengujinya dalam laboratorium." Kumpulan penyelidik yang dipimpin Golakia itu sendiri menggunakan teknik pengesanann Spektrometer gas kromatografi untuk menganalisa contoh urin tersebut.

Dr. Golakia mengatakan bahawa emas yang berasal dari air mani lembu tersebut dapat diekstrak dan dipadatkan dengan menggunakan proses kimia. Ia menambahkan separuh dari sampel memiliki nilai perubatan yang besar yang dapat digunakan untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit.


Ahli peternakan lembu, Mansukh Suvagiya mengatakan air mani lembu sebagai ubat-ubatan yang dapat meningkatkan harapan hidup manusia. Peternakan lembu yang terdapat di Gujarat terkenal dengan produksi susu lembu terbaik di India.

Sumber : mirror.co.uk


No comments