Info Terkini

Hello Bomba!! Tolong Selamatkan Anakku Yang Teperangkap Dalam "Washing Machine". Cepat Bomba!!..Cepat!

Seorang kanak-kanak telah diselamatkan oleh anggota bomba ekoran dirinya telah terperangkap dalam mesin basuh. Kanak-kanak yang berumur dua tahun ditemui tubuhnya terperosok ketat ke dalam dram selepas keluarganya menghubungi perkhidmatan kecemasan bomba.


Kemalangan kecil yang berlaku di Wuzhong, Wilayah Autonomi Hui Ningxia barat laut China telah ditanggani dengan cepat oleh anggota bomba yang datang tepat pada masanya tetapi mereka tidak berjaya menariknya keluar dan kakitangan bomba terpaksa mematikan suis pengerak mesin untuk membebaskan si mangsa.


Apabila gagal, anggota-anggota bomba telah memutuskan untuk mengambil mesin selainnya itu untuk melihat bagaimana cara-cara membuka mesin basuh itu.

Namun kanak-kanak itu kemudiannya kelihatan lebih tenang dan berbaring di atas bantal dan memegang mainan boneka sementelah anggota baomba bekerja untuk membuka mesin pembasuh itu.


Dengan menarik kanak-kanak itu dan dram daripada selongsong, bomba melekatkan tangannya ke bawah di belakang kanak-kanak perempuan itu dan melepaskan kakinya, yang telah menjadi punca terperangkapnya di belakang kakinya.

Kanak-kanak itu kemudiannya berjaya ditarik keluar dan terus ke dakapan ayah yang menanti di sekitarnya. Bomba telah mengambil masa kira-kira 20 minit untuk untuk membebaskannya kanak-kanak tersebut dan tiada kecederaan dilaporkan.



Sumber : mirror.co.uk


No comments