Info Terkini

"Eehhh!! Apasal Tempelan Hitam Ini Tak Mahu Keluar Hah? Bingung Rasanya Aku." Kata Pepe Kepada Indigo

Gembira dan geli hati melihat aksi lawak seekor anak monyet yang cuba membersihkan tompok hitam di badan seekor anjing jenis Dalmation bernama Indigo menarik perhatian ramai.

Gambar dari Caters News Agency

Telatah yang mencuit hati ini telah diviralkan videonya selama 39 saat itu melibatkan Pepe La Pew yang merupakan monyet jenis Vervet dan Indigo yang menjadi sahabat apabila anjing tersebut menyelamatkan Pepe.

Gambar dari Caters News Agency

Gambar dari Caters News Agency

Pepe yang kelihatan seakan-akan bingung apabila tidak berjaya membuang tompokan hitam di badan Indigo walaupun sudah digaru beberapa kali.

Indigo pula kelihatan hanya merelakan dirinya diperiksa oleh anak monyet itu.

Telatah mereka itu mengundang gelihati pemilik Indigo, Bayo Pigors dan kelihatan dalam rakaman itu, Indigo sempat menjilat Pepe beberapa kali.

Gambar dari Caters News Agency

Pigors yang merupakan pengasas pusat Perlindungan Primat Liar mengatakan Indigo merupakan ibu tumpang yang sesuai buat Pepe.

Sumber : sinarharian.com.my




No comments