Info Terkini

[MISTERI!!] CEKO ADA BATU BERKEPALA SYAITAN


Pernahkah anda meilhat batu yang menyerupai makkhluk yang bernama syaitan yang direjam? Mungkin pernah atau tidak. Yang penting batu berkepala syaitan seperti di bawah ini benar-benar wujud dan ianya terletak nun jauh di sebuah negara yang bernama Ceko.


Batu ini tidaklah ghaib jika dipandang dengan mata kasar atau merakamkannya menerusi kamera foto. Sehingga kini ia masih menjadi sebuah misteri yang begitu menakutkan.


Batu berkepala syaitan itu sememangnya memiliki sisi mistik di mana terdapat pahatan batu besar yang menyerupai wajah seorang lelaki tua dengan mata dan mulut besar yang ternganga, ditambahi lagi janggut lebat yang menambah kesan "kekerasan" pada tempat itu.

Dalam sejumlah informasi tempatan yang diterima, batu ini sebenarnya lebih dikenali dengan nama Devils Head atau Certovy Hlavy. Ia adalah sebuah patung terbesar selepas patung presiden Amerika di South Dakota.

Selain memiliki pahatan seperti jelmaan mahluk ghaib, batu tersebut memiliki ukuran yang cukup besar iaitu berukuran sekitar 9 meter. Batu berkepala syaitan ini juga terletak di desa Zelizy di Daerah Melnik dan berada di antara hutan pain itu kerap dikunjungi para pelancong untuk bergambar dengan objek tersebut berfoto.

Konon katanya , batu berkepala syaitan ini terbentuk hasil karya pemahat asal Ceko Vaclav Levy yang hidup pada tahun 1840. Kini lokasi Batu berkepala syaitan ini menjadi tempat lawatan yang banyak dikunjungi para pelancong.

Sumber : palingseru.com | veselevylety.sweb.cz


No comments