Info Terkini

[AWAS!!!] ANDA ADA 1 HARI LAGI UNTUK HIDUP JIKA SENTUH ULAT INI

Semua haiwan atau serangga yang memiliki racun boleh mendatangkan kemudaratan apatah lagi mampu membunuh makhluk lain secara cepat mahupun perlahan-lahan.


Selain ular dan kala jengking, ternyata ada satu lagi haiwan yang lain yang juga memiliki racun yang boleh membunuh manusia dalam waktu yang singkat.


Haiwan itu adalah ulat bulu. Siapa yang tidak kenal akan ulat tersebut? Ulat itu bukannya merujuk kepada lelaki yang suka menganggu gadis-gadis muda seperti di jalanan. Ulat ini pun mempunyai nama iaitu Lonomia Obliqua atau disebut juga sebagai ulat pembunuh. Ulat ini banyak sekali ditemukan di Brazil.


Dari segi fizikalnya ulat ini nampak seakan menyeramkan. Mana tidaknya, tubuhnya diselimuti oleh sesuatu yang menyerupai miniatur pepohonan. Lalu,  setiap cabang runcing di bahagian tubuhnya itu dilapisi racun yang boleh mematikan yang dapat langsung masuk ke aliran darah dan kemudian menyebabkan pembekuan.

Individu yang terkena racun ulat ini secara langsung akan merasai kesakitan secara tiba-tiba tanpa sebab. Lalu, bahagian yang terkena akan menjadi lebam, membengkak, terasa sakit, dan boleh menyebabkan sakit kepala sehingga berlaku muntah-muntah.

Setelah dua hari tersengat racunnya, individu berkenaan akan mengalami kehabisan platelet darah yang akhirnya membawa kepada maut. Malah, yang lebih menyedihkan lagi adalah setakat ini masih belum ditemui vaksin atau penahan racun ulat tersebut. Jadi, sesiapa pun yang terkena akan menjemput ajalnya dalam beberapa hari saja.

Sumber : palingseru.com


No comments