"KEKOSONGAN TERASA DI HATI INI SELEPAS BERCERAI" - CAT FARISH
Tidak semua rumahtangga itu kekal bahagia setelah pelbagai rintangan suka-duka dalam melayari bahtera perkahwinan. Semua itu telah ditentukan oleh Allah dan sebagai manusia kita tidak tahu akan masa depan sama ada jatuh atau bangun. Apa yang penting kehidupan yang berlandaskan kepada syariat dan penuh kesyukuran akan membawa kepada timbulnya rasa kasih dan sayang sesama makhluk yang rata-ratanya saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
Begitu jugalah yang berlaku kepada aktor dan penyanyi yang dikenali ramai, Cat Farish yang tidak dapat menyangkal lagi bahawa kehidupannya tidak tentu arah setelah bercerai dengan isterinya, Hartiny Ramli, April lalu. Namun begitu, beliau tidak mahu meletakkan sebarang kesalahan penceraian kepada mana-mana pihak.
“Sungguh...Rasanya lebih perit daripada ditinggalkan kekasih. Saya rasa kosong dan tidak tentu arah. Sampaikan saya menangis setiap masa. Saya ke kelab, layan muzik. Pada pandangan mata orang, kehadiran saya ke sana nampak tidak elok”
“Sedangkan ketika itu, hati saya kosong dan tak nampak apa-apa pun di sekeliling. Hanya termenung. Di rumah pula saya rasa sunyi. Sehinggakan masa tidur, saya terjaga, seolah-olah terdengar suara anak-anak,” kongsinya kepada BH Plus.
Penyanyi ini juga mendedahkan bahawa kadang kala dia memeluk baju anaknya kerana terlalu rindukan mereka selain turut menghadapi kemurungan teruk. Bagaimanapun segalanya beransur pulih dan Cat kini sudah mampu meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.
Walaupun kisah menyedihkan itu menjadi sempadan hidupnya, Cat Farish tetap menerima sokongan positif dari mantan isterinya. Beliau kini memandang ke hadapan,bangkit, "berjalan" dan "berlari" dalam mencari peluang dan rezeki demi cahayamata-cahayamatanya. Di dalam situasi begini, Cat Farish juga adakalanya menjadikan mentua sebagai rujukan dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Alangkah indahnya hidup ini walaupun telah bercerai tetapi ikatan persaudaraan sesama agama tetap dipelihara apatah lagi kesinambungan hidup akan diteruskan oleh zuriat bagi memakmurkan masyarakat. Sesungguhnya ada hikmah disebalik berlakunya perkara tersebut. Semoga Cat Farish sentisa bersabar dalam menempuhi ujian hidup ini.

No comments