Info Terkini

[BERITA PELIK!!] SEORANG BAPA LAHIRKAN ANAK

Adalah sesuatu yang janggal dan tidak boleh diterima oleh akal manusia normal bahawa kaum Adam boleh melahirkan zuriat. Mungkin anda ketawa bagai hendak pecah perut dan mengatakan bahawa mana boleh orang lelaki mengambil tugas perempuan untuk melahirkan anak.


Inilah yang terjadi di Quito, Ecuador di mana seorang bayi perempuan di sini mungkin berhadapan dengan krisis identiti suatu hari kelak apabila dilahirkan oleh seorang lelaki yang sebelum ini merupakan wanita yang telah menukar jantina.

Bapanya, Fernando Machado mengandung selepas menjalin hubungan dengan pasangannya, Diane Rodriguez yang dahulunya seorang lelaki tetapi kini menukar jantina kepada wanita.

Machado melahirkan bayi sulungnya itu pada Jun lalu dan merancang untuk mengandung lagi pada masa akan datang. Meskipun belum mengumumkan nama bayi yang telah berusia 16 minggu itu, namun pasangan itu menggelarkannya sebagai Caraote atau bermaksud siput.


Machado turut berkongsi gambar kesan parut pembedahan selepas bersalin bagi mengelakkan prajudis atau salah faham. Mereka sebelum ini turut mengumumkan berita kehamilan itu di internet.

Kami hidup sebagai pasa­ngan lelaki dan wanita. Saya wanita transfeminin dan Fernando merupakan lelaki transmaskulin. Proses pertukaran jantina adalah kompleks untuk kami berdua, kata Machado.


Hai...sungguh kompleks sekali ceritanya. Begitulah yang terjadi pada era akhir zaman.

Sumber : dailymail.co.uk


No comments