Info Terkini

Pisang Memang Sedap Dimakan, Tetapi Anda MESTI Berhati-Hati Dengan Pisang Maut Ini.

Menikmati pisang bersama jus buahan yang lain memang memberikan kesegaran pada badan. Di samping membekalkan tenaga dan nutrien yang penting pisang juga
melawaskan pembuangan air besar anda. Jadi bagi yang bermasalah dalam perkara berkenaan, maka pisanglah yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Gambar dari Daily Mail 

Tetapi melihat kepada dapatan yang berlegar-legar di intenet ini, mungkin anda pernah menemukan tanda putih pada kulit pisang? Jika Ya, adalah dinasihatkan untuk tidak memakannya apatah lagi menyentuhnya.

Gamba dari gawker.com

Mengapa demikian? Sebagai makluman kepada anda, tanda putih itu di sini bukanlah menandakan buah pisang itu benar-benar masak tetapi ia adalah sebenarnya sarangnya telur labahh-labahh Wandering Brazil. labahh-labahh Wandering Brazil adalah satu spesies labahh-labahh yang paling digeruni kerana ia boleh mematikan mangsa dalam waktu kurang dari satu jam.

Lebih berbahaya lagi, jika telur serangga tersebut telah menetas. Walaupun ianya masih kecil, gigitannya cukup berbahaya dan boleh mendatangkan masalah yang serius.

Mengapa labah-labah Wandering Brazil berbahaya kepada mangsa? Inilah jawapannya:

Gambar dari animalstime.com

Serangga ini yang pernah tercatat dalam Guinness Book of World Records adalah sebagai labah-labah paling berbisa di dunia. Serangga ini terkenal dengan gelaran pengembala. Ini disebabkan ia tidak gemar untuk berdiam diri di jaringan pada sarangnya dan lebih suka merayap di atas tanah untuk mencari mangsa. Ia hanya keluar ketika waktu malam.


Oleh yang demikian, labah-labah Wandering itu sangat berbahaya kerana mereka lebih suka tinggal di rumah-rumah, kereta, almari, kabinet dapur dan sebagainya. Jika ia merasa terganggu, maka labah-labah tersebut akan mula mengancam dan menggigit mangsanya dengan suntikan bisa yang sangat beracun.

Pernah direkodkan bahawa gigitan labah-labah Wandering ini telah mengorbankan 14 orang sehingga penawar racunnya berjaya ditemui pada tahun 1996. Jika individu yang digigit labah-labah ini tidak segera diberi anti-racun berkemungkinan pengakhiran adalah akan diusung ke kubur.

Gambar dari Daily Mail 

Racunnya pula menyebabkan rasa kesakitan yag amat dengan kesan keradangan, hilang upaya pengawalan otot-otot, sukar bernafas dan mengakibatkan kelumpuhan sebelum kematian menjemput datang.

Sumber : youtube (Hati Hati, Jika Temukan Tanda Putih Pada Kulit Pisang)


No comments