Info Terkini

Mmmhh...Ada Juga Haiwan Mughallazah Diangkat Juara Dalam Pertandingan Anjing TERHODOH Di Dunia

Pertandingan Anjing Terhodoh di Dunia ini setiap tahun diadakan bagi memilih anjing terhodoh dalam penampilannya. Kemungkinan acara ini diadakan untuk menunjukan bahawa sehodoh manapun anjing itu, ia berhak untuk disayangi. Berikut ditampilkan sesuai untuk tatapan para pembaca.



Rascal



Rascal berasal dari keturunan anjing hodoh. Ibu, nenek dan datuknya telah memenangi pertandingan Ugly Dog. Bahkan faktanya, datuk Rascal bernama “Chi-Chi” berada dalam buku Guinness Book of World Records kerana memenangi terus pertandingan anjing paling hodoh di dunia. Tubuh yang secara asalnya tidak berbulu dan ditutupi dengan bintik-bintik dan kutil, Rascal adalah ras asli dari jenis Chinese Crested.

Elwood



Pertandingan Anjing Terhodoh Di Dunia 2007 menyaksikan kita kepada Elwood, seekor anjing kacukan antara Chinese crested dan Chihuahua berumur 2 tahun yang telah memenangi pita biru tahun itu. Pemilik Elwood sangat berbesar hati di atas kemenangan itu kerana beliau mendapat hadiah wang senilai 1000USD, terutama kerana penternak Elwood pernah merencanakan untuk melakukan euthanasia terhadapnya ketika Elwood baru lahir kerana dianggap dia terlalu hodoh untuk dijual. Tetapi malangnya Elwood mati pada usia 8 tahun.

Peanut



Anjing yang diselamatkan dari pemilik yang tidak bertanggungjawab ini, masih tidak diketahui asal penternaknya. Ia dinobatkan sebagai Ugliest Dog In The World yang diadakan di Sonoma-Marin Fair di Petaluma, California.

Pemilik anjing, Holly Chandler dari Greenville, NC, memberitahu bahawa peanut adalah korban dari kekejaman manusia terhadap haiwan. Dulu ia dijumpai dengan kesan luka bakar di tubuhnya, dia tidak memiliki bibir, kelopak matanya juga hilang sehingga dia tidak boleh menutup matanya.

Chandler merancang untuk menggunakan 1,500USD hadiah wang untuk membantu membayar tagihan haiwan peliharaan lain dan berharap kemenangan besar Peanut akan mengetuk hati para penaniaya terhadap kekerasan pada haiwan. "Ia bayi saya," katanya. "Saya kira saya tidak melihat dia hodoh. Tapi ku rasa para hakim berfikir begitu.

Pabst



Pabst adalah satu dari sedikit anjing yang mampu mengalahkan semua si kurus Chinese crested dan seterusnya menajdi juara umum pada Pertandingan Anjing Terhodoh Di Dunia 2009 di California. Bahkan, ia mengalahkan Miss Ellie!. Seekor Boxer kacukan yang berumur 4 tahun, nama Pabst diberikan setelah muncul nama jenama bir murah kerana pemiliknya menyebutnya “ wajah bir pahit”.

Sam 



Sam seekor anjing Chinese Crested yang berjaya memenangi Pertandingan Anjing Terhodoh Di Dunia 2005 yang diadakan di California. Itu adalah tahun ketiga secara berturut-turut Sam mempertahankan gelarannya. Sayangnya, pada usia 14 tahun, Sam menderita masalah kesihatan. Ia mati pada November 2005 kerana penyakit barah.

Sumber : anehdidunia.com | ohmygodfacts.com


No comments