Info Terkini

SUNGGUH SUSAH MEMUASKAN HATI LELAKI INI WALAU 100 KALI LALUI BEDAHAN PLASTIK

Dalam menampilkan kecantikan, manusia boleh mencuba pelbagai cara. Baik menggunakan cara tradisional mahupun moden. Namun tidak kurang pula orang yang ingin mendapatkan kecantikan secara pantas di mana melalui pembedahan plastik. Seperti yang telah sedia maklum bahawa hasil pembedahan plastik yang dijalani tidak semestinya memberikan sebuah sinar kecantikan pada penghujungnya. Malah mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati dengan apa yang dimiliki pada tubuh sendiri.


Pun begitu, pembedahan plastik juga boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan selain menimbulkan ketagihan yang melampau.


Inilah yang berlaku kepada sang lelalki yang berasal dari Boston ini, Joey Prixx. Berusia 26 tahun dan telah mengaku menjalani 100 kali sesi pembedahan plastik dan menghabiskan wang hingga 60,000USD sebagaimana yang dipetik dari dailymail.co.uk, Khamis (11/8/2016).


Prixx mengaku bahawa ketagihan ini datang ketika usianya masih 21 tahun. Pada masa itu, awalnya hanya ingin memancungkan hidung. Namun tidak disangka, hasil bagus yang didapati membuatkan dirinya bertambah obses. Beliau pun mulai melakukan pengubahan pada hampir seluruh tubuhnya.

Dari 100 operasi plastik yang telah jalaninya, beberapa di antaranya adalah operasi plastik hidung sebanyak dua kali, implan silikon di punggung, pengawal kelenjar peluh, botox, filler, dan yang terbaru ini adalah memperbesar bentuk punggung. Bedah kosmetik yang baru dilakukannya itu menelan belanja sekitar 10,000USD.
Prixx mengatakan bahawa dirinya memang sangat mengidamkan punggung yang besar. Namun, pembesaran punggung ini membuatkan dirinya sedikit terseksa kerana beliau tidak boleh duduk selama enam minggu.

“Transformasi tubuhku ini telah terjadi sejak usiaku 21 tahun. Aku selalu percaya diri, tetapi aku memang selalu mengidamkan punggung besar agar boleh bergoyang seksi. Rasanya seperti ada dua belon air di punggungku ini, nyaman sekali jika aku boleh duduk sekarang, tapi belum boleh,” ungkapnya.


Meski begitu, beliau tidak pernah merasa menyesal kerana telah melakukan operasi plastik. Justeru itu beliau menganggap bahawa apa yang dilakukannya adalah hal yang terbaik.

“Aku tidak pernah melihat lagi masa laluku. Operasi plastik adalah perkara yang terbaik pernah aku lakukan,” tutur lelaki yang berkerjaya sebagai artis tatoo tubuh tersebut.

Sumber : dailymail.co.uk


No comments