Info Terkini

HUIYYO!!! 1 SUAMI. 9 ISTERI DAN 94 ORANG ANAK, BOLEH HIDUP SERUMAH LAGI TU...

Seorang lelaki di India, telah mengejutkan ramai pihak apabila memiliki 39 orang isteri, iaitu sesuatu yang luar biasa bagi masyarakat biasa.

Lelaki yang dikenali sebagai Ziona Chana, 66, telah membina sebuah rumah besar yang memiliki 100 bilik untuk isterinya, 94 anak dan 33 cucu.

Lelaki yang dikenali sebagai Ziona, 66 tahun. adalah ketua mazhab agama yang dipanggil "Chana," yang membolehkan poligami dan diasaskan oleh bapanya, Chana, pada tahun 1942 . Ziona mempunyai 39 isteri, 94 anak dan 33 cucu dan beliau tidak keberatan untuk mempunyai banyak lagi isteri.


Mereka semua hidup di dalam sebuah bangunan empat tingkat dengan 100 bilik di sebuah kampung pergunungan di negeri Mizoram, berkongsi sempadan dengan Myanmar dan Bangladesh, menurut laporan media.

Memetik laporan Elitereaders, para isterinya akan ditempatkan diruangan khas berhampiran bilik tidur peribadi Ziona dan penduduk tempatan berkata, dia suka untuk mempunyai tujuh atau lapan daripada mereka di sisinya pada setiap masa.


Sementara anak-anaknya yang sudah berkeluarga akan tinggal di bilik yang terpisah, sesuai dengan perubahan status mereka yang sudah memiliki keluarga sendiri.


Beliau juga memberitahu bahawa pernah mengahwini 10 wanita dalam satu tahun.

"Saya memiliki begitu banyak orang yang peduli dan ingin menjaga saya. Saya menganggap diri saya sebagai seorang yang beruntung," kata Ziona.


"Pasti kamu akan tertanya-tanya bagaimana kami mempertahankan keluarga dengan jumlah besar tersebut? Sebenarnya kami memiliki sumber daya sendiri dan kadang-kadang menerima sumbangan daripada pelbagai pihak," katanya lagi.

Keluarga ini memerlukan 30 ekor ayam dan sekitar 99 kilogram beras untuk dijamu kepada semua orang yang ada di rumah tersebut.Kehidupan seharian keluarga ini tidak berbeza dengan keluarga-keluarga lain, di mana para isteri biasanya akan bergilir-gilir memasak untuk memasak.

Manakala anak-anaknya bertanggungjawab membersihkan rumah dan mencuci pakaian, manakala anak-anak yang sihat tubuh badannya akan ditugaskan untuk bertani dan mengurus ternakan.


Beliau yang juga mengetuai satu mazhab agama Kristian tempatan, yang dipanggil "Chana," yang membolehkan poligami. Ditubuhkan pada bulan Jun 1942, mazhab yang percaya ia tidak lama lagi akan memerintah dunia dengan mempunyai keahlian kira-kira 400 keluarga.

Hindu, agama dominan di India, tidak membenarkan poligami, tetapi undang-undang negara membenarkan lelaki Islam mempunyai lebih daripada seorang isteri.


India, negara kedua paling ramai penduduk di dunia selepas China, mempunyai kadar kelahiran 2.6 bayi bagi setiap wanita. kadar ini yang dijangkakan semakin meningkat di India. Penganalisis berkata India akan mencapai 1.53 bilion penduduk pada tahun 2030 dab seterusnya akan mengatasi China sebagai No. 1 penduduk.

Sumber : photoblog.nbcnews.com


No comments