Info Terkini

HANYA SELANGKAH LAGI, BADI TRADISI TELAH DILEPASI, MEDAL EMAS INGIN CHONG WEI MILIKI

Kini peluang untuk Malaysia masih lagi cerah untuk membawa balik pingat emas yang dicari-cari selama ini setelah pemain nombor satu negara dan dunia,  Datuk Lee Chong Wei telah berjaya ke pusingan akhir setelah menewaskan pencabar dan badi terdekatnya Lin Dan dalam aksi yang penuh menyentap jantung dan perasaan seluruh rakyat tanahair.


Dalam perlawanan yang penuh dramatik itu, Chong Wei telah menewaskan Lin Dan dengan catatan mata, 15-21, 21-11, 22-20, dalam perlawanan yang berlangsung di Pavilion 4,Riocentro, Brazil.


Set pertama, memperlihatkan permainan Chong Wei kurang agresif sehingga membuka ruang buat Lin Dan mendapatkan habuan mata dan menang dengan pungutan mata 21-15.


Selepas itu, Chong Wei bangkit lagi pada set kedua dan ketiga sehingga memenangi perlawanan itu dengan mata, 21-11, 22-20 dalam tempoh 33 minit.

Pada set yang ketiga, kedua-dua pemain tersebut mempamerkan teknik, taktikal dan penuh dengan keprofesionalan dalam mengawal minda. Menerusi rekod perlawanan sebelum ini, Chong Wei dan Lin Dan pernah bertemu dalam perlawanan sebanyak 36 kali di peringkat antarabangsa. Datuk Lee Chong Wei telah memenangi sebanyak 11 kali daripada 36 perlawanan mereka.

Namun begitu, jika berdasarkan dua perlawanan terakhir sebelum ini keyakinan dan peluang untuk menang adalah lebih tinggi kepada Chong Wei.

Sama-samalah kita doakan agar emas dapat dipungut dalam acara perseorangan ini dan beregu lelaki.

Sumber : Sinar Online | Siakapkeli


No comments