Info Terkini

DIPANAH PETIR, LEBIH 300 EKOR RUSA TUMBANG

Lebih dari 300 ekor rusa liar mati akibat dipanah petir di Norway dalam kejadian ribut petir pada Jumaat lepas.


Pegawai hidupan liar menyifatkan kemalangan ini sebagai kejadian alam yang pelik.

Agensi Alam Sekitar Norway telah memuat beberapa foto ngeri yang memaparkan bangkai sekumpulan rusa yang bertaburan di satu kawasan kecil di pergunungan Hardangervidda.


Menurut agensi itu lagi, sebanyak 323 ekor haiwan tersebut mati, termasuk 70 ekor anak rusa.

Jurucakap agensi terbabit, Kjartan Knutsen memberitahu AP bahawa kes haiwan liar mati akibat dipanah petir itu adalah biasa tetapi pihaknya tidak pernah pula mendengar haiwan-haiwan tersebut mati sekaligus dalam jumlah yang begitu banyak.

Menurutnya lagi, rusa Kutub biasanya berada dekat antara satu sama lain ketika cuaca buruk, yang menjelaskan mengapa haiwan tersebut mati dalam kuantiti yang banyak secara serentak.

"Kami telah manghantar satu kumpulan untuk mengambil sampel bagi tujuan kajian. Kemudian kita akan tahu dengan pasti bagaimana haiwan-haiwan itu mati.

"Sebelum ini, kita biasa dengar tentang haiwan mati akibat di panah petir, tetapi saya tidak pernah mendengar haiwan mati dalam kuantiti yang banyak seperti ini. Kita tak pasti sama ada mereka dipanah oleh satu atau banyak petir", kata Nylend.

Kredit : Time.com | The Local




No comments